Menjaga kamera

Soalan:

From: "Amir_z" <amir_z@tm.net.my> To: <raai@my-malaysia.com> Subject: Cara Penjagaan Kamera dan Lensa. Date: Sat, 25 Mar 2000 16:32:44 +0800 Attachments: msg2.html

Assalamualaikum Encik Raai,

Boleh tak Encik Raai terangkan cara-cara menyimpan kamera dan lensa yang betul agar tidak dijangkiti kulat (fungus). Walaupun saya meletakkan silica gel, fungus tetap terjadi.

Terima kasih banyak kerana sudi menjawab soalan saya.

Wassalam.

Amzaid

Kubang Kerian, Kelantan.


Jawapan:

Waalaikummussalam

Masalah ini sering menjadi topik perbualan. jika saudara telah menyimpan bersama Silica gel masih terdapat fungus; saya cadangkan saudara menggunakan teknik yang saya amalkan dengan memasukkan Silica gel pada jumlah yang banyak ke dalam alat yang dinamakan Dicicator (satu alat diperbuat dari kaca). Silica gel diletakkan pada bahagian bawah sementara kamera dan lens dibahagian atas. Silica gel boleh dibeli dalam jumlah yang banyak dari pembekal bahan kimia saintifik

Satu lagi kaedah ialah dengan membeli alat yang dinamakan Avon, harganya agak mahal. Saudara boleh letakkan dalam avon ini kamera, lens, sliad, negetif malahan disket. Insyaalah kaedah kedua lebih baik. Jika saudara berhajat saya boleh berikan nama syarikatnya secara email tertutup (tidak dalam laman web ini sebab ini melibat persoalan iklan pula!)